Selamat Beraya

Assalamualaikum

Siapa rindu me ? ada tak ? mesti ada kan? yelah dah berapa lama aku tak update? macam biasa lah, As Perdana menteri kan selalu sibuk. Faham-faham jelah. hahaha (kau orang mesti rindu nak lempang muka aku kan ? ) hahaha, abaikan

Alhamdulillah harini berkesempatan melahirkan ilham <-- ececeh ayat mintak siku

Okey sambung, Entry kali ni mungkin random awesome kot, harap awesome lah, kang tak pasal-pasal ada yang bakar computer,laptop,tab,phone dan seangkatan pulak sebab baca blog aku kan.

Macam tak percaya je lagi berapa hari Ramadhan nak tinggalkan kita, jujur sedih. Aku rasa macam rugi sangat sebab bila dah nak akhir ni baru rasa nak beribadat. Ramadhan kalini banyak mengajar aku, satu demi satu aku mula sedar yang umur dah cecah 17 tahun, lama lagi ke dapat hidup ?

Sepanjang Ramadhan ni sangat sibuk menjaga gerai ICT sampai berbuka puasa pun tak dekat DM, kaki tangan DM semua dok tanya-tanya mana aku menghilang walhal ada je dekat asrama. yelah, mana tak nya, sahur mana pernah ke DM. nama je Exco DM, DM pun taknak datang.

My friend semua tahu yang I kalau sahur memang dekat dorm jelah, makan koko krunch + susu dutch lady and kadang-2 mintak air mineral Atiyah sikit then terus pergi mandi kalau tak sambung tidur balik. Diorang pun dah tahu dah kenapa tak datang Dewan Makan. Jawapan yang sama punya aku bagi "aku tak boleh makan nasi, nanti aku cepat lapar". Yelah aku kan hyper dekat sekolah, kang nak marathon susah pulak. Kalau makan koko krunch sampai ke petang pun belum tentu boleh duduk diam.

Almost sebulan Ramadhan dekat Asrama sangat best, yelah, kan tahun akhir so I just nak buat my hidup happy-happy je with kawan-kawan. Berbuka pun kalau sempat sama-2 then tapau lagi makanan then makan waktu prep. Prep tu bukan belajar sangat pun, makan je lebih, everyday ada je Roti John lah, Cake lah. So good.

Bilik prep pun boleh jadi tempat makanan. buku memang dah tolak tepi kan selalunya. hahaha

macam ni lah biasanya malam-malam prep form5. hahaha



Terawih pun best sangat sebab imam pun baca surah sedap-2 then after terawih semua dok gelak-2 nilai mana dok budak-2 yang tertidur waktu terawih. sama ada dah berpusing 360 darjah ke, yang sujud sampai habis solat ke yang terjatuh time rukuk ke what ever lah habis kena gelak. Solat pun mengaku semua tak khusyuk. hey! macam mana nak khusyuk kalau orang sebelah time duduk antara dua sujud dah tumpang bahu buat taik mata kan. hahahahahaha, and kita pun like jarak-jarak saja nak bagi dia jatuh. Time solat pun niat jahat nak kena kan orang.

Kain pun dah nak tertanggal. hahaha

My sweetie jojoe and pweety Adlin



Then tiba waktu last day before cuti raya, malam tu I ask my friend "eh esok jom kita pergi sahur ramai-2 nak tak untuk kali terakhir" and my friend semua buat muka siput tersedut buah tembikai. "kita orang memang evryday pergi sahur, kau sorang jelah" hahaha. then esoknya memang harapan lah I nak pergi Dewan Makan.

I just miss everything dekat Asrama, last year berpuasa dekat sana. After ni dah takde dah kan Alam persekolahan. Okey ini serius sedih gila *lap Air mata*

Ouh before terlupa. Kami exco-exco ada Iftar dekat rumah Sir din and yang gadis-gadis dikerah masuk dapur masak. So lapar and bila makan ramai-ramai dalam talam memang dah macam pelarian. Then terawih dekat surau rumah dia. sangat best rasanya. I will Rindu

haa. see my friend semua meriah-meriah mana i tak love kan. semua dok support each other.

Exco Asrama 2012 & 2013


Jadi dah nak hari raya ni, ana nak menyusun sepuluh jari kaki dan sepuluh jari tangan bagi memohon maaf atas salah silap ana sepanjang 17 tahun ana hidup ni. To kawan-kawan, Cikgu-cikgu, maaf kalau tetridur dalam kelas, bukan sebab bosan atau penat berqiamulail, tapi ini semua memang salah hantu-hantu, setan-setan, iblis-iblis yang mendodoikan diri yang lemah tak bermaya ini (wah ayat). Minta maaf ya. Halalkan makan minum, ilmu, kasih sayang dan segalanya. Doakan ana jadi budak baik dengar cakap tak degil sangat, anak soleh dan cemerlang SPM serta mencapai cita-cita dan impian. Oleh itu saya mengucapkan



Sekian selamat malam semua.